Wednesday, August 20, 2008

Tentang Diri Saya!!

Name saya Mohamad Azri Bin Mohammad Azmi. Saya dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre pada 21, March, 1990. Saya merupakan anak last dr 3 ord adik beradik. Kakak saya paling sulung, Liyana Azira dan diikuti oleh abang saya, Mohd Syafiq.

Saya dibesarkan di Shah Alam sehingga umur saya 3thn. Pada umur 3tahun saya berpindah ke UK bersame emak saya iaitu Shaharah Binti Abdul Manap. Pada umur 4thn saya pulang ke kampung iaitu Taiping dan dibesarkan oleh atuk dan nenek saya belah mak saya. Bapa saya ambil saya pada umur 4 tahun lalu membawa pulang ke Shah Alam utk dibersarkan di sana. Saya bertadika di Tadika Islam Sect 6 pada umur 5thn dan Tadika Kristal Sect 2 pada umur 6thn. Pada umur 7thn, saya telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda.

Waktu kecik2, saya suke berniaga. Saya pernah buka "Fun Farm and Animals" dgn byran 50sen. "Fun Farm and Animals'' mempunyai pelbagai sayur-sayuran yang ditanam oleh saya dan haiwan peliharaan saya. Antaranya ialah daun pegaga, selon, buah mangga, rambutan, manakala haiwan pula ialah arnab, burung kakak tua, ieguna, tortoise, labi2, kucing parsi dan hamster. Mereke boleh beli sayur-sayuran di belakang rumah saya. Pada bulan puase, saya suruh bibik saya buat soya bean utk dijual menggunakan perkhidmatan "call and bell" iaitu penghantaran air soya akan dihantar sebaik shaja menerima panggilan. Saya menghantar air soya menggunkan basikal. Pada masa yang sama juga, saya menjual kek yg dibeli terus dari kilang dgn berhara rm3.50-rm8 mengikut jenis dan saiz kek. Selain itu, saya mengambil kesempatan utk menjual mercun. Mereke boleh membeli mercun dgn menekan bell rumah saya. hahahaha.... saya menjalankan "Fun Farm And Animal" sehingga darjah 3 dan menjual mercun, kek dan soya sehingga darjah 5.

Saye pernah becita2 untuk menjadi doktor haiwan pada umur 7- 9tthn. pada umur 9 thn, saya ingin menjadi chemical engineer... aceh!! kerane terpengaruh dgn mr.bean & jiran nye gaji rm50k/month. lepas itu, saya ingin menjadi pilot, lawyer dan seterusnye accountant yang berjaya!!!

Bapa dan emak saya berpisah pada umur 7tahun. Emak saya berkahwin dgn Mohamad Azman Razali pada umur 8thn dan mempunyai seorg cahaya mata iaitu Amanda (Dolly). Bapa tiri saya sebelum ini mempunyai 1 org anak perumpuan dan lelaki. Bapa saya berkahwin dgn Shuriana Mohd Husin pada umur saya 11 tahun dan mempunyai 3 chaya mata, Mohamad Arian Aizad, Mohamad Arian Aizal & Ariana Nia Maya.

Pada umur 13thn, saya telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam sehingga tingkatan 5. Pada 2008 sebelum result spm keluar, saya telah melanjutkan pelajaran saya di UiTM Shah Alam course CAT (Foundation to ACCA) sehingga hujung tahun ini. Sekian terima kasih.

1 comment:

Eireen Camelia said...

hahahaha tringt aku mase kekecik. aku jual lirik, bintang kertas, lagi ape tah.... best woo. sbb tu yg aku ske bnda2 wat duit cmni nih. haha